Wednesday 20 February 2013

2013....

Baru kini ada kelapangan untuk mengemaskini blog ini.  Kami menerima pengetua baru. Mudah - mudahan diberikan kekuatan oleh Allah untuk terus menyinarkan kegemilangan kepada sekolah.
Anak didik yang dikasihi, sedikit pesanan untuk dihayati :

1.  Motivasi yang tinggi untuk belajar perlu ada dalam diri  anda semua. Minimumkan sifat malas. Lipat gandakan usaha dan jangan malu bertanya guru.
2.   Perjalanan hidup ini adalah satu proses yang boleh dirancang, tetapi Allah yang maha mengetahui.  Sekiranya perancangan tergendala ditengah jalan, ingatlah bahawa ada jalan lain yang lebih baik daripada itu.  Allah Maha Tahu.
3.   Hubungan dengan Pencipta kita Rabul Jalil, perlu erat. Tunaikan tanggungjawab kita sebagai hamba semaksimumnya. Ingat bahawa Allah sayang semua hambanya.
4.   Manusia diberikan akal untuk berfikir, diberikan hati untuk memahami dan diberikan daya supaya memiliki upaya. Gunakan akal  dengan sebaik-baiknya.
5.   Muhasabah diri. Potensi diri perlu dibangunkan......lihat apa yang anda lakukan pada waktu lapang.
6.   Matlamat yang hendak dicapai perlu jelas didepan mata... tampal dimana-mana...
7.   Kesungguhan untuk belajar bagi mencapai matlamat yang hendak dicapai. Belajar kerana Allah.
8.   Sayangi ibu bapa anda....cintai mereka selepas Allah dan Rasulnya.
9.   Berdoalah.... Allah itu Maha Mendengar dan Maha Memberi.
10. Infaq ilmu anda...ia akan lebih diberkati.


Jumpa lagi, salam kasih sayang lillahhi Taala

Cikgu.



No comments:

Post a Comment