Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Monday, 13 August 2012
ALBIRUNI - PAKAR MATEMATIK DAN FIZIK

Maka atas alasan inilah yang menyebabkan Abu Rayhan dikenali sebagai al-Biruni kerana beliau merupakan orang asing bagi penduduk Khawarizm. aktiviti al-Binuni merangkumi skop yang luas. Ini termasuklah teori-teori abstrak tentang falsafah hinggalah kepada sains praktis matematik, geografi, fizik dan astronomi.

Beliau memberi contoh tentang kegunaan harian pengetahuan matematik dan astronomi. Contoh ini menunjukkan pengaruh matahari dan bulan ketika menentukan musim dan pasang surut air laut.
Ilmu pengetahuan tentang binatang-binatang dan kedudukannya sangat penting bagi menentukan arah pengembaraan dan perjalanan. Iajuga sangat berguna ketika menentukan arah kiblat, waktu solat dan kedudukan garis lintang atau bujur sesuatu bandar. Maka beliau telah menunjukkan bahawa astnonomi sangat berguna dan sesuai menurut Islam. Teori-teori astronominya yang penting ialah seperti berikut.
1. Teori alam semesta
Al-Biruni menganggap bahawa alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad. Pada masa yang sama beliau tidak bersetuju dengan konsep graviti alam semesta sebagai kuasa sebenar yang terlibat seperti yang dilihat daripada pengalaman. Beliau mendakwa bahawa,
‘Apabila sesuatu bahagian anggota jisim tegar bergerak secara garis Iurus dan satu bahagian ke satu bahagian yang lain, sebaliknya jasad itu mengelilingi jasad lain dalam gerakan bulatan yang rnenggambarkan gerakan mengelillngi satu titik tetap seperti pusat bumi ketika jasad lain itu tegar. Walau bagaimanapun, kawasan persekitaran matahari menyebabkan planet bergerak dalam bentuk elips.’
2. Kosmogeni
Walaupun Qanun al-Mas’udi tidak membincangkan asal-usul alam Semesta tetapi al-Biruni membincangkannya secara terpeninci dalam bukunya al-Tahdid. Beliau menolak pandangan yang menyatakan dunia ini kekal. Beliau mengumpul pelbagai arus pertukaran bumi di zamannya dan melengkapkan karya Abdul al-Malik al-Tayyib al-Busti yang mempunyai muka surat.
3. Teori geosentrik
Al-Biruni dan cendikawan sezamannya sering memikirkan tentang kontroversi geosentnik dan heliosentrik. Beliau mengatakan bahawa sebarang teori baru tidak dapat diterima tanpa bukti sains yang kukuh. Selagi sesuatu teori alternatif yang sebenar belum ditemui maka wajarlah seseorang itu mempercayai dan menerima teori dan penerangan yang terdahulu. Al-Biruni menulis mengenai pergerakan matahari dalam sebuah buku berjudul Kitab al-Tatbiq fi Tahqiq Harakat al-Syam yang berkaitan dengan teori ini.
4. Kalender dan kronologi
Beliau telah menulis satu risalah kecil yang menerangkan tentang siang dan malam yang juga dapat membuktikan panjang siang dalam setahun di kutub. Beliau telah mencipta sejenis alat untuk mengukur masa dan waktu di siang hariserta menulis buku mengenainya iaitu Ta’bir al-Mizan wa Taqbir al-Azman. Bukunya yang bertajuk Tanqih al-Tawarikh membincangkan tentang tarikh. Manakala buku Tasawwur Amr al-Fajr wa alShafiq fi Jihat al-Gharb wa al-Sharq pula inembincangkan tentang terbitnya fajar.
Qanun al-Mas’udi adalah antara bukunya yang terakhir yang membincangkan perkara di atas dengan lebih terperinci. Ia membincangkan tentang siang dan malam, bulan dan tahun, bulan serta matahari, juga penerangan terperinci mengenai perbezaan takwiin, maklumat tambahan (baru) mengenai kalendar orang India, mengubah takwin Sakkala kepada takwin Hijrah.
5. Matahari
Al-Biruni turut membuat kajian tentang Matahari dan perkara-perkara yang berkaitan seperti berikut:
(a) Sifat fizikal Matahari
Al-Biruni cekap dalam pengajian ilmu fizik dan kadangkala memberikan sumbangan asli. Misalnya, beliau membuat kajian mengenai sifat fizikal waktu Matahari. Menurutnya Matahari ialah jasad yang panas bagi letusan solar yang boleh diperhatikan apabila gerhana penuh, samajuga seperti nyalaan yang muncul di sekeliling jasad yang membakar.
(b) Gerakan tahunan
AI-Biruni mempercayai teori geosentrik dan menganggap Matahani bergerak mengelilingi Bumi. Beliau berfikir bahawa gerakan matahari yang perlahan dan cepat menggambarkan sesuatu orbit.
(c) Panjang tahun solar (tropika)
Semasa mengkaji panjang tahun solar, al-Biruni memerhati perubahan dan perbezaan pendapat mengenai zaman lepas. Beliau melaporkan ada empat rumusan yang berbeza iaitu 365.2426, 265.2421, 365.398 dan 365.248 hari. Al-Biruni membuat pengiraan bahawa terdapat 365 hari, 5 jam dan 46 minit. Kalendar Jalali juga mendapat 365 hari, 5 jam, 49 minit. Kiraan al-Biruni ini tidak jauh perbezaannya dengan kiraan moden iaitu 365 hari, 5 jam, 48 ininit dan 47 saat.
Ketika menuhis Qanun, beliau mengira titik yang tertinggi di antara Matahari dengan Bumi bergerak satu darjah dalam masa 1/3 tahun, dan 0, 0, 7, 44, 54 dalam satu hari. Perkiraan yang telah dibuat oleh al-Biruni ini hampir sama dengan angka moden iaitu 52.2 setiap tahun dan satu darjah dalam masa 72 tahun.
(d) Fajar dan senja
Beliau membincangkan alasan-alasan bagi tempoh fajar dan senja. Al-Biruni mendapati senja (pagi dan petang) terjadi apabila Matahari berada 18 di bawah ufuk. Penyelidik moden mengesahkan penemuan al-Biruni ini. Beliau menulis buku al-Lam’at mengenai perkara ini.
Sebagai AhIi Sains
Walaupun al-Biruni lebih melibatkan dirinya dalam bidang astronomi namun beliau mahir dalam ilmu matematik. Al-Biruni dapat menguasai geometri, aritmetik dan menggunakan algebra dengan mahir. Beliau juga berminat dalam bidang fizik namun tidak meminati bidang muzik.
1. Trigonometri sfera
Al-Biruni menuhis Kitab Maqalid ‘Ilm al-Hai’ah fi Basit al-Kurah. Buku itu dihasilkan sebagai satu karya yang setanding dengan buku astronomi berjudul al-Tafhim kerana penguasaan bahasa dan subjeknya yang baik dan mudah difahami.
Ketika ahli sains ini berusia 60 tahun, beberapa karya beliau dilengkapkan lagi. Satu daripadanya diberi tajuk Jami’ al-Tarq al-Sa’irah fi Ma’rafah Awtar al-Da’irah yang membincangkan mengenai kaedah-kaedah dalam penemuan ukur lilit bulatan.
Al-Biruni patut diberi penghargaan kerana beliau menganggap trigonometri sebagai bidang yang terpisah dengan astronomi mengembangkannya dengan cara yang sistematik. Beliau tidak membataskan dirinya setakat huraian yang ringkas tetapi membandingkannya dengan bahan dan keterangan lain yang berkaitan, menilai, mengkritik dan memberi pengolahan yang lebih baik.
Karangan Qanun al-Mas’udi yang berkaitan dengan trigonometri mengandungi 10 bab. Bab pertama menerangkan cara-cara mendapatkan sisi-sisi daripada pelbagai gambar rajah seperti segi tiga sisi dan segi empat sama hingga segi sepuluh jejari sesuatu bulatan. Bab seterusnya membincangkan cara untuk mendapatkan pelbagai garis rentak lentuk. Teori ini beliau gunakan ketika menentukan sinus bagi sudut-sudut yang berganda.
Beliau turut membincangkan tentang jejari bulatan sebagai satu kesatuan menggantikan 60. Ini akan memendekkan lagi kerja-kerja pengiraan. Beliau berjaya mendahului ahli matematik yang lain dengan membuktikan rumus sinus dalam satah segi tiga iaitu.
sinA=sinB=sinC
a b c
Banyak lagi rumus-rumus yang dikemukakan dan diperkenalkan oleh beliau. Beliaulah orang pertama yang berjaya membuktikan rumusan sinus bagi satah segi tiga. Beliau cekap menggunakan rumus dan penentu dalaman dan yang pertama memberikan contoh mengenai kalkulus dan teorem umum.
2. Aritmetik orang India
Di samping trigonometri sfera, al-Biruni turut menguasai aritmetrik orang India. Beliau telah menulis beberapa buah buku berhubung dengan subjek itu. Antaranya ialah,
(a) Rashikat al-Hind iaitu Zodiak di India
(b) Kaedah aritmetik yang berbeza dalam Brahma Siddhant
(c) Kaedah-kaedah orang India (Rusum al-Hind) dalam pengajaran aritmetrik.
(d) Mansubat al-Darab yang menerangkan tentang kaedah mendarab yang berbeza.
3. Cahaya dan bunyi
Al-Biruni mempercayai bahawa cahaya lebih laju daripada bunyi. Menurut beliau sinaran membawa haba dari Matahari dan ia dapat menembusi air dan udara. Beliau juga mendapati senja kala bermula atau berakhir apabila Matahari berada di bawah kaki langit. Penemuan al-Biruni ini sama dengan penemuan moden.
4. Graviti
Beliau turut memberikan sumbangan yang besar dalam bidang graviti. Beliau menolak pandangan Aristotle yang menganggap langit tidak mempunyai kuasa graviti. Beliau menolak idea bahawa tempat asal bagi air ialah di atas bumi kerana tidak ada tempat asal bagi sesuatu objek. Menurutnya jika air mengalir ia akan sampai ke pusatnya.
Di petik dari : Darul Ulum Online
ALKHAWARIZMI...BAPA MATEMATIK


Lebih dikenali sebagai Al Khawarizmi di kalangan ahli sains dan merupakan seorang ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu matematik.Beliau juga merupakan seorang ahli astronomi dan geografi yang terkenal pada zamannya.
Gelaran Al Khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya di Khawarizm yang terletak di selatan Laut Aral.Beliau lahir di sebuah tempat bernama Kath iaitu sebahagian daripada daerah Khawarizm. Kath kini telah lenyap akibat ditenggelami pasir. Kehidupan kanak-kanaknya kurang diketahui tetapi ibu bapanya telah membawanya berhijrah ke Baghdad, Iraq ketika beliau masih kecil.
Khawarizmi merupakan salah seorang ahli matematik yang teragung dan jasanya akan dikenang sampai bila-bila oleh seluruh masyarakat dunia. Beliau sebenarnya merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.
Persamaan kuadratik ialah satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui (x2 + 2x - 8 = 0). Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas Algebra. Nama Algebra diperoleh daripada bukunya yang terkenal iaitu Al-Jabrwa-al-Muqabilah. Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar - iaitu sistem angka yang dibangunkan oleh orang Arab.
Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan dan dengan itu, keseluruhan sistem nombor angka, algorithm atau algorizm memperoleh nama selepas dibangunkan oleh orang Arab. Dalam usahanya memperkenalkan sistem angka India (kini dikenali angka Arab), beliau telah membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi dan pecahan. Sistem angka itu kemudiannya diperkenalkan kali pertama oleh orang Arab kepada Barat yang mana hasil kerjanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah.
Jasa beliau yang lain ialah membangunkan secara terperinci bidang trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segitiga yang mengandungi fungsi sine. Beliau juga menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang mana membantunya menguasai konsep perbezaan.
Beliau juga dilaporkan bekerjasama dalam pengukuran darjah di bawah perintah Mamun al-Rashid yang bertujuan mengukur isipadu dan lilitan bumi. Pembangunan ilmu kaji bintang atau ilmu falak olehnya mempunyai makna yang cukup besar terhadap kemajuan dalam bidang sains astronomi - yang mana beliau turut menulis buku mengenainya.
Sumbangan Khawarizmi dalam ilmu geografi turut cemerlang. Beliau tidak hanya menyemak pandangan Patolemy mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk dalam melakar peta dunia. Al Khawarizmi merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Hasil kerjanya yang lain turut meliputi kerja-kerja asal berkaitan dengan jam, alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta kaji bintang.
Hasil penemuannya dibukukan dan beberapa bukunya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada awal kurun ke-12. Sebenarnya, bukunya mengenai kira-kira, Kitab al-Jam'a wal-Tafreeq bil Hisab al-Hindi telah hilang di benua Arab tetapi masih boleh diperoleh dalam buku yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.
Bukunya mengenai Algebra iaitu Al-Maqala fi Hisab-al Jabr wa-al-Muqabilah juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 dan ia adalah terjemahan yang diperkenalkan dalam dunia sains baru kepada Barat.
Hasil kerjanya dalam ilmu falak turut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah dan kemudian ke dalam bahasa Cina. Buku geografinya, Kitab Surat-al-Ard bersama-sama peta lakarannya juga telah diterjemahkan. Selain itu, beliau turut menulis kalendar Yahudi, Istikhraj Tarikh al-Yahud.
Beliau juga menulis Kitab al-Tarikh dan buku mengenai alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari dikenali Kitab al-Rukhmat. Malangnya kedua-dua buku itu telah hilang.Pengaruh Khawarizmi dalam perkembangan ilmu sains khususnya matematik, astronomi dan geografi kini menjadi lakaran sejarah. Buku-bukunya turut menjadi buku teks di beberapa universiti sehingga kurun ke-16.
Di petik dari ; qurtik.blogspot.com
Thursday, 9 August 2012
Bengkel TEAM Daerah Maran Fasa 2
Bengkel Towards Excellence Additional Mathematics Daerah Maran Fasa 2
telah berlangsung dengan jayanya di dewan Al Falah SMK Jengka Pusat pada
9 Ogos 2012.. Bengkel sehari ini dihadiri oleh 86 orang calon SPM
sekolah Daerah Maran dengan dibantu oleh Guru Muda Add Maths SMKJP.
Terima kasih kepada semua guru yang memberi komitment yang tidak
berbelah bagi.

Salam Eidul Fitri ....
Ramadhan telah tiba dipenghujungnya. 10 malam terakhir yang penuh dengan barakah dan rahmat Allah, malam-malam dimana para malaikat akan turun kebumi melawat orang-orang yang bermunajat kepada Allah, berhiba memohon keampunan Allah agar dijauhkan dari api neraka. Gunakanlah waktu mustajab ini untuk mendekatkan hati , jiwa dan roh kita kepada Allah. Semoga malam penuh keberkatan, Lail Al Qadar dapat dilalui dengan penuh kesyahduan. Belum tentu kita akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang...... jadilah hamba yang berjiwa hamba..
.
.
BENGKEL SCORE A PMR FASA 2
Bengkel Score A PMR fasa 2 telah dijalankan pada hari Rabu ( 8 Ogos 2012) jam 2.30 - 5.00 pm. Seramai 20 orang Guru Muda dari tingkatan 4 telah membantu calon-calon PMR menjawab soalan kertas 2 .
Wednesday, 8 August 2012
KERTAS KERJA BENGKEL I CARE U MATHEMATICS SPM 2012
PENGENALAN
Tugas
guru bukan setakat mengajar sahaja tetapi merangkumi tugas membangun
J.E.R.I dalam diri setiap anak
didiknya. Justeru itu bukan semua anak
didiknya boleh membangun dengan cemerlang kerana ia bergantung kepada
intellectual quotient (IQ) dan emotional
quotient ( EQ) . Oleh itu pelajar yang lemah perlu dibantu
supaya boleh berdiri selaras dengan rakannya yang cemerlang.
MATLAMAT
Membantu
pelajar berpotensi untuk sama-sama cemerlang dalam Matematik SPM
OBJEKTIF
1. Mebantu pelajar berpotensi untuk memahami konsep
matematik yang agak sukar
2. Membantu
pelajar berpotensi untuk menyeleasikan permasalahan matematik dengan kaedah
yang ringkas dan betul.
3. Mengukuhkan
kembali asas-asas matematik yang hilang dari memori.
SASARAN
Pelajar
potensi dengan TOV G (28 ORANG )
TEMPOH MASA
Febuari
– Mei 2012
(2
minggu sekali )
MASA
Hujung
minggu/ Sabtu pagi/ Jumaat petang
JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi :
Pn. Hjh Noraini Manaf
(Ketua
Bidang Sains dan Matematik )
Setiausaha : Pn.
Hjh Siti Rahmah Husin
(Ketua
Panitia Matematik
AJK ;
1. Pn Siti
Rahmah Bte Husin
2. Pn
Azlina Bte Man
3. En. Mohd
Marzuki Bin Mohd Yusof
4. En Saufi
Bin Mohamad
5. En. Mohd
Anuar Bin Hasan
PELAKSANAAN
LANGKAH
1 : Mengenalpasti
pelajar potensi SPM (TOV G)
LANGKAH
2 : Merancang
waktu yang sesuai untuk mengadakan bengkel bergantung
kepada
waktu lapang pelajar dan guru terlibat.
LANGKAH
3 : Menyediakan
bahan latihan( topical atau berformat SPM)
LANGKAH
4 : Melaksanakan
bengkel
LANGKAH
4 : Dokumentsi
dan laporan
ANGGARAN KOS
1. Kertas
A4 4 Rim x
RM10.90=RM43.60
Kertas Graf 1
Rim x RM22.00=RM 22.00
Jumlah
=RM65.00
JADUAL BENGKEL
BULAN
|
MINGGU
|
GURU TERLIBAT
|
FEBUARI
|
2
|
Pn. Siti
Rahmah Husin
|
4
|
Pn Azlina Man
|
|
MAC
|
2
|
En Mohd
Marzuki Bin Mohd Yusof
|
4
|
En Mohd Anuar
Bin Hasan
|
|
APRIL
|
2
|
En Saufi Bin
Mohamad
|
4
|
Pn. Siti
Rahmah Husin
|
|
MEI
|
2
|
Pn Azlina Man
|
4
|
En Mohd
Marzuki Bin Mohd Yusof
|
PENUTUP
Semoga bengkel ini dapat membantu pelajar potensi
untuk membina keyakinan yang jitu tentang Matematik dan seterusnya mampu menghadapi cabaran matematik dengan
hati terbuka dan minda yang positif.
Taulan Bestari
Program taulan bestari yang dijalankan pada setiap petang Rabu menggantikan waktu ko kurikulum bertujuan untuk memberi ruang kepada pelajar belajar sambil mengajar. Ada dikalangan pelajar yang lebih selesa belajar berkumpulan bersama rakan sebaya .
Subscribe to:
Posts (Atom)