Tuesday 12 March 2013

Kalkulator Saintifik

Ada beberapa perdebatan dalam membenarkan murid menggunakan kalkulator fx-570ES dan fx-570ES PLUS dalam peperiksaan dengan alasan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kalau mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 6/2002, Penggunaan Kalkulator Saintifik Di Sekolah Menengah Untuk Pengajaran dan Pembelajaran Serta Peperiksaan Kebangsaan menyatakan spesifikasi am kalkulator yang boleh digunakan dalam peperiksaan:
  1. Mematuhi prinsip pengiraan operasi Matematik.
  2. Mempunyai paparan sekurang-kurangnya 8 digit dengan tambahan 2 digit eksponen.
  3. Tidak boleh diprogramkan.
  4. Boleh menukar unit darjah kepada unit radian dan sebaliknya.
  5. Boleh menukar pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya.
  6. Boleh menyimpan nilai sesuatu nombor (memory).
Berikut adalah spesifikasi fx-570ES (dipetik dari laman web rasmi Casio)
Screen Shot 2013-02-28 at 9.24.22 AM
Ramai salah sangka bahawa 570ES tidak boleh digunakan dalam peperiksaan kerana ianya boleh diprogramkan. Kalkulator 570ES dan 570ES PLUS tidak termasuk dalam kategori kalkulator yang boleh diprogramkan. Kalkulator jenama Casio yang boleh diprogramkan setakat ini cuma fx-5800P, fx-50F PLUS, fx-50FH, fx-3650P, fx-3950P dan fx-4500PA; yang mana kesemuanya mempunyai PROGRAM FUNCTION. SOLVE FUNCTION yang terdapat dalam fx-570MS, fx-570ES dan fx-570ES PLUS tidak termasuk dalam fungsi yang boleh diprogramkan.
Beberapa polemik berkenaan penggunaan fx-570ES dan fx-570ES PLUS dalam peperiksaan timbul apabila pada tahun 2009, Ketua Pengawas Peperiksaan SPM di sebuah sekolah tidak membenarkan penggunaan fx-570ES dalam dewan peperiksaan.
CalonSPMdihalanggunakalkulator
dan berikut adalah respon dari Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pelajaran Malaysia dan Lembaga Peperiksaan Malaysia berhubung isu terbabit (atau klik disini untuk muat turun keratan akhbar)
Calon SPM boleh guna kalkulator ikut spesifikasi
Kementerian Pelajaran ingin merujuk kepada surat pembaca bertajuk ‘Calon SPM dihalang guna kalkulator’ yang disiarkan pada 24 November 2009 yang lalu.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan kementerian ingin mengucapkan terima kasih dan mengambil maklum mengenai keprihatinan terhadap perkara ini.
LPM dan kementerian ingin menjelaskan bahawa setiap calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibenarkan untuk membawa masuk ke dewan/bilik peperiksaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan.
Untuk makluman, syarat penggunaan kalkulator adalah seperti dalam syarat yang ada dalam buku peraturan dan panduan peperiksaan SPM 2009.
Spesifikasi am bagi kalkulator yang dibenarkan adalah seperti berikut:
  1.    Mematuhi prinsip pengiraan operasi matematik
  2.    Mempunyai paparan sekurang-kurangnya 8 digit dengan tambahan dengan 2 digit Eksponen
  3.    Tidak boleh diprogramkan
  4.    Boleh menukar unit darjah kepada unit radian dan sebaliknya
  5.    Boleh menukar pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya
  6.    Boleh menyimpan nilai sesuatu nombor (memory)
Oleh yang demikian hanya ciri-ciri yang digariskan ini saja dibenarkan. LPM tidak dapat memperincikan jenis atau jenama kalkulator yang tepat yang boleh dibawa oleh calon ke dalam dewan/bilik peperiksaan kerana terlalu banyak ciri-ciri dan jenis kalkulator yang ada di pasaran.
Bagaimanapun, kalkulator Casio fx570ES dan Casio fx570MS memenuhi spesifikasi di atas dan boleh digunakan untuk peperiksaan. Sehubungan itu, maka diputuskan bahawa calon dibenarkan membawa masuk kalkulator Casio fx570ES atau Casio fx570MS ke dewan/bilik peperiksaan bagi kertas Matematik Tambahan 1 dan 2 yang berlangsung pada Rabu, 25 November lalu.
UNIT KOMUNIKASI Kementerian Pelajaran Malaysia.

 Sumber: http://cikgujep.com/?p=669






Bahan Kursus HOTs (Higher Order Thinking Skills) Dalam Sains dan Matematik

Bahan dibawah boleh digunakan untuk rujukan guru-guru Sains dan Matematik.

RAHSIA WAKTU SOLAT


masjid_wilayah

Solat menjadi Ibadah utama seorang muslim, kewajipan solat ini menjadi salah satu cara untuk berkomunikasi langsung seorang hamba dengan Tuhannya. Banyak hikmah di dapati berkaitan perintah solat ini. Baik secara kesihatan, psikologi, sains, dan masih banyak lagi hikmah yang lain. Salah satu hikmah diperintahkan solat sebanyak 5 (lima) waktu. Rahsia ini terungkap berdasar beberapa kajian dan pengamatan para ahli di bidangnya.

Perpindahan waktu adalah bahagian dari kekuasaan Allah swt yang mempunyai hikmah dan kekhususan pada masing-masing. Setiap peralihan waktu solat, sebenarnya bersamaan dengan terjadinya perubahan tenaga alam yang boleh diukur dan dapat dirasakan melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing lagi bagi mereka yang akrab dengan dunia fotografi
WAKTU SUBUH

Pada waktu ini, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersesuaian dengan frekuensi tiroid (kelenjar gondok). Dalam fisiologi, tiroid mempunyai pengaruh terhadap sistem metabolisme tubuh manusia. Warna biru muda juga mempunyai rahsia tersendiri berkaitan dengan rezeki dan cara berkomunikasi. Mereka yang masih tertidur pulas pada waktu Subuh akan menghadapi masalah rezeki dan komunikasi. Hal ini terjadi kerana tiroid tidak dapat menyerap tenaga biru muda di alam ketika ruh dan jasad masih tertidur. Pada saat Azan Subuh berkumandang, tenaga alam ini berada pada tingkatan optimum. Tenaga inilah yang kemudian diserap oleh tubuh kita terutama pada waktu ruku ‘dan sujud.

WAKTU ZOHOR

Warna alam menguning dan berpengaruh terhadap perut dan sstem pencernaan manusia secara keseluruhan. Warna ini juga mempunyai pengaruh terhadap hati. Di samping itu warna kuning ini juga mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan seseorang. Jadi bagi mereka yang selalu ketinggalan atau melewatkan solat Zuhur berulang-ulang kali, akan menghadapi masalah dalam system penghadaman serta berkurang keceriaanya.

WAKTU ASAR

Warna alam berubah menjadi oren. Hal ini mempunyai pengaruh yang cukup signifikan terhadap keadaan prostate, uretus, ovary, testis dan sistem pembiakan secara keseluruhan. Warna oren di alam juga boleh mempengaruhi kreativiti seseorang. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan menurun daya kreativitinya. Di samping itu, organ-organ pembiakan juga akan kehilangan tenaga positif dari warna alam tersebut.

MENJELANG MAGHRIB

Warna alam berubah menjadi merah. Pada waktu ini kita kerap mendengar nasihat orang-orang tua agar kita tidak berada di luar rumah. Nasihat tersebut ada benarnya, kerana pada saat Maghrib tiba, spectrum warna alam selaras dengan frekuensi jin dan iblis. Pada waktu ini jin dan iblis amat bertenaga kerana mereka bergema atau ikut bergetar dengan warna alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan sebaiknya berhenti sejenak dan mengerjakan solat Maghrib terlebih dahulu. Hal ini lebih baik dan lebih selamat kerana pada waktu ini, banyak interferns atau tumpang tindihnya dua atau lebih gelombang yang berfrekuensi sama atau hampir sama dan boleh menimbulkan fatamorgana yang boleh merosakkan penglihatan kita.

KETIKA WAKTU ISYA’

Alam berubah menjadi nila dan selanjutnya menjadi gelap. Waktu Isya ‘menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian yang frekuensinya sesuai dengan sisitem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan waktu Isya ‘akan sering merasa gelisah. Ketika alam mulai diselimuti kegelapan, kita dianjurkan untuk merehatkan tubuh ini. Dengan tidur di waktu tersebut, keadaan jiwa kita berada pada gelombang Delta dengan frekuensi di bawah 4 Hz dan seluruh sistem tubuh memasuki waktu rehat. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna-warna putih, merah jambu, dan kemudian ungu. Perubahan warna ini selaras dengan frekuensi kelenjar Pineal (otak kecil), kelenjar Pituitary (bawah otak), thalamus, dan hypothalamus. Maka kita sepatutnya bangun dari tidur, dan pada waktu-waktu ini kita mengerjakan solat malam.

Dipetik dari Islam itu Indah..TQVM

Sunday 10 March 2013

Berusahalah....


Bengkel 'TEAM' Daerah Maran Fasa 1

Bengkel tersebut telah diadakan pada 6 hb Mac 2013 di SMK Seri Jengka. Seramai 110 peserta telah bertungkus lumus menyiapkan  soalan yang diberikan  dengan bantuan 16 orang guru Add Maths sekolah-sekolah Daerah  Maran. Di akhir bengkel,  pelajar diuji dengan post test dan pelajar SMKJP telah menunjukkan potensi yang amat baik. Tahniah...untuk anda semua. Semoga bengkel  ini dapat membantu pelajar mengukuhkan penguasaan konsep Add Maths. Jumpa lagi dalam bengkel Fasa 2 di SMK Jengka 2 nanti.......insyaallah.