Pelajar-pelajar yang dikasihi,
Selamat menghadapi peperiksaan
Trial PMR - 10 - 16 Ogos 2012
Pre Trial SPM - 2- 17 Ogos 2012
Trial SPM - 5 - 21 Sept 2012
Tuesday, 31 July 2012
Kertas Kerja Guru Muda
GURU MUDA
PENGENALAN
Pelajar
aliran sains menganggapkan bahawa Additional
Mathematics suatu subjek yang sukar dipelajari dan menjemukan serta berasa
rendah diri bila berhadapan dengan subjek
ini
Oleh
itu, sekumpulan pelajar yang dilatih khas boleh berfungsi bagi membantu pelajar
yang lemah itu,mereka ini yang dilatih dan terlatih dikenali sebagai Guru Muda.
MATLAMAT
- Melahirkan Guru Muda yang mampu dan yakin bagi mencapai prestasi cemerlang Additional Mathematics dalam peperiksaan
- Menanam rasa ingin belajar secara berkongsi ilmu atau secara kolobaratif dalam kalangan pelajar SMKJP.
- Menyedarkan pelajar bahawa belajarAdditional Mathematics secara perbincangan berkumpulan adalah lebih berkesan dan menyeronokkan..
OBJEKTIF
1. 1. Guru Muda dapat menguasai konsep dan mampu menyelesaikan
masalah matematik
dengan kaedah
yang betul.
2.
Guru Muda menunjuk-ajar rakan
dengan kaedah penyelesaian yang betul, tepat dan
jitu.
3.
Guru Muda dapat mengesan
kesilapan rakan sewaktu perbincangan
kelompok
4. Guru Muda
mengenalpasti soalan-soalan yang
mudah untuk membimbing rakan yang
lemah.
TEMPOH MASA
Febuari – November 2012
MASA
- Dalam kelas semasa P&P berlangsung
- Semasa kelas tambahan pada waktu petang/lain-lain
- Masa prep diasrama
- Bila-bila masa yang sesuai
SASARAN
Pelajar-pelajar cemerlang Additional Mathematics
dalam setiap kelas yang mampu belajar sambil mengajar.
( 8 - 10 orang setiap
kelas )
PERLAKSANAAN
LANGKAH 1 : Guru
Matematik Tambahan setiap kelas mengenalpasti pelajar yang
layak untuk
di lantik sebagai Guru Muda
LANGKAH 2 : Guru
Muda yang sudah yakin digalakkan mencari
klien masing-
masing untuk dibantu atau ditentukan oleh guru Matematik
Tambahan
LANGKAH 3 : Pengiktirafan
dari Panitia Mathematics dengan diberikan sijil .
LANGKAH 4 : Setiap guru yang terlibat perlu
menghantar laporan bertulis setiap
hujung bulan
tentang kemajuan program ini.
PRODUKTIVITI
PROGRAM
- Melahirkan Guru Muda yang berketrampilan dalam Mathematics dan boleh menggunakan kemahiran dan pengetahuan mereka menolong rakan
- Kesediaan Guru Muda menunjukkan sikap yakin pada diri sendiri dan sedia menerima teguran atau komen-komen membina dari guru-guru serta rakan-rakan.
- Keupayaan Guru Muda yang mahir memperluaskan kemahiran dengan melibatkan diri dalam pengendalian kelompok bagi bengkel Matematik peringkat sekolah atau yang dianjurkan oleh pihak PPD Maran dan sekolah-sekolah sekitar Jengka atau di luar Jengka
- Berkeyakinan bahawa Guru Muda Additional Mathematics bakal memperolehi keputusan cemerlang (A) dalam peperiksaan
PENUTUP
Melalui
program ini adalah diharapkan akan lahir pelajar cemerlang dalam Addiional
Mathematics dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada Guru Muda dan mengekalkan 100% lulus serta GPS
antara 1.0 – 1.5 bagi setiap tingkatan.
Guru MUda - Well Done....
Seramai 22 orang Guru Muda Matematik Tambahan telah menjalankan tugas
dengan baik dan berkesan dalam Bengkel Add Maths Fasa 6 pada 28 Julai
2012 yang lalu. Keberkatan Ramadhan telah memberikan impak yang amat
baik dalam menguasai konsep yang agak sukar dan seterusnya boleh
membimbing rakan-rakan yang lain . Syabas GM
.
Monday, 30 July 2012
Persatuan Sains dan Matematik
Sempena Hari Koperasi dan Keusahawanan SMK Jengka Pusat, yang telah diadakan pada 11Julai 2012 Persatuan Sains dan Matematik telah mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari dengan membuka gerai jualan makanan. Alhamdulillah sambutan amat memuaskan.....
Kelas STF Mathematics PMR
Kelas STF berjalan lancar mengikut jadual. Kelas ini bertujuan untuk membantu pelajar menguasai konsep-konsep penting dalam mathematik disamping membiasakan pelajar menjawab soalan format PMR. PRS juga dapat membantu rakan-rakan yang lain semasa kelas berlangsung.
Semoga semua pelajar mendapat manfaat daripada kelas ini.
Thursday, 26 July 2012
Bengkel Add Maths Fasa 5
Bengkel Add Maths Fasa 6 telah dijalankan pada 14 Julai 2012 di Bilik Seminar SMK Jengka Pusat. Bengkel ini memberi penekanan dalam teknik menjawab kertas 1. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan bantuan Guru Muda yang telah dilantik.
KEAJAIBAN MATEMATIK:Jujukan antara Peratus Daratan dan Lautan
Satu
kajian daripada Dr Tariq Al Suwaidan dan terbitan bukunya “The Series Of The
Scientific Miracles In Qur’an” memperlihatkan kepada kita satu jujukan nombor
di dalam Al-Qur’an yang perlu kita ketahui. Jujukan ini bukanlah satu kebetulan
bahkan mukjizat Allah kepada Rasul Nya Muhammad SAW.
Berikut adalah bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Qur’an :
Berikut adalah bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Qur’an :
¶ Solat –
5 kali
¶ Dunia –
115 Kali : Akhirat – 115 Kali
¶
Malaikat – 88 Kali : Syaitan – 88 kali
¶ Hidup –
145 Kali : Mati – 145 Kali
¶ Faedah
– 50 Kali : Kerugian – 50 Kali
¶ Ummah –
50 Kali : Penyampai – 50 Kali
¶
Bala/Musibah – 75 Kali : Bersyukur – 75 Kali :
¶
Bersedekah – 73 Kali : Berpuashati – 73 Kali
¶ Orang
Sesat – 17 Kali : Orang Meninggal Dunia – 17 Kali
¶
Muslimin – 41 Kali : Jihad – 41 Kali
¶ Emas –
8 Kali : Kemurahan Hidup – 8 Kali
¶
Keajaiban – 60 Kali : Fitnah – 60 Kali
¶ Zakat –
32 Kali : Berkat – 32 Kali
¶ Minda –
49 Kali : Nur – 49 kali
¶ Lidah –
25 Kali : Sumpah – 25 Kali
¶ Nafsu –
8 Kali : Ketakutan – 8 Kali
¶
Kesusahan – 114 Kali : Kesabaran – 114 Kali
¶
Muhammad – 4 kali : Syariat – 4 Kali
¶ Lelaki
– 24 Kali : Perempuan – 24 Kali
¶ Bulan –
12 Kali : Hari – 365 Kali
¶ Lautan
– 32 Kali : Daratan – 13 Kali
¶ Iblis
(Penghulu Syaitan)-11 Kali : Mohon Berlindung Dari Iblis – 11 Kali
¶
Bercakap di khalayak – 18 Kali : Berdakwah – 18 Kali
v LAUT
& DARAT : 32 + 13 = 45
Justeru
itu peratusan Laut : 32/45 X 100 = 71.1111111 Peratus
Peratusan
Daratan : 13/45 X 100 = 28.8888889 peratus
Daratan + Lautan = 100%
Cemerlang Add Maths
Petua untuk cemerlang Add Maths :
1. Niat belajar kerana Allah, cari ilmu untuk akhirat.
2. Usaha mesti berlipatkali ganda, bukan ala kadar, bukan sikit-sikit.
3. Jangan malu untuk bertanya guru atau kawan-kawan.
4. Menguasai konsep,....belajar sampai faham.
5. Latihtubi intensif soalan format SPM
6. Sentiasa berkongsi ilmu, ajar rakan-rakan yang lain.
7. Dekat dengan Pencipta kita,
8. Usaha dan Tawakal akan membuahkan kejayaan.
Insyaallah,
Semoga Allah membuka pintu hati anda semua
untuk lebih mudah memahami
wahai anak didik yang dikasihi
Regards
Cikgu Siti
1. Niat belajar kerana Allah, cari ilmu untuk akhirat.
2. Usaha mesti berlipatkali ganda, bukan ala kadar, bukan sikit-sikit.
3. Jangan malu untuk bertanya guru atau kawan-kawan.
4. Menguasai konsep,....belajar sampai faham.
5. Latihtubi intensif soalan format SPM
6. Sentiasa berkongsi ilmu, ajar rakan-rakan yang lain.
7. Dekat dengan Pencipta kita,
8. Usaha dan Tawakal akan membuahkan kejayaan.
Insyaallah,
Semoga Allah membuka pintu hati anda semua
untuk lebih mudah memahami
wahai anak didik yang dikasihi
Regards
Cikgu Siti
Tuesday, 24 July 2012
Welcome To Excel Maths SMKJP
Assalamualaikum Wrt. Wbt.
Welcome to this blog of Excel Maths SMKJP. This is a official blog of Mathematic's Panel Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat.
We will continue to post shortly after this!. Keep in touch with us!.
Regards,
Mrs. Siti
Subscribe to:
Posts (Atom)