Tuesday 31 July 2012

Kertas Kerja Guru Muda


GURU MUDA

PENGENALAN
Pelajar aliran sains menganggapkan bahawa  Additional Mathematics suatu subjek yang sukar dipelajari dan menjemukan serta berasa rendah diri bila berhadapan dengan subjek  ini
Oleh itu, sekumpulan pelajar yang dilatih khas boleh berfungsi bagi membantu pelajar yang lemah itu,mereka ini yang dilatih dan terlatih dikenali sebagai  Guru Muda.

MATLAMAT
  1.  Melahirkan Guru Muda  yang mampu dan yakin bagi mencapai prestasi cemerlang  Additional Mathematics dalam peperiksaan
  2. Menanam rasa ingin belajar secara berkongsi ilmu atau secara kolobaratif dalam kalangan pelajar SMKJP.
  3. Menyedarkan pelajar bahawa belajarAdditional Mathematics secara perbincangan berkumpulan adalah lebih berkesan dan menyeronokkan..


OBJEKTIF
1.            1.    Guru Muda dapat  menguasai konsep dan mampu menyelesaikan masalah matematik  
                     dengan   kaedah yang  betul.
2.     Guru Muda  menunjuk-ajar rakan dengan kaedah penyelesaian yang betul, tepat dan 
         jitu.
3.     Guru Muda  dapat mengesan kesilapan rakan sewaktu  perbincangan kelompok
4.     Guru Muda  mengenalpasti soalan-soalan  yang mudah  untuk membimbing rakan yang
        lemah.

TEMPOH MASA
Febuari – November 2012

MASA
  1.   Dalam kelas semasa P&P berlangsung 
  2.   Semasa kelas tambahan  pada waktu petang/lain-lain
  3.   Masa prep diasrama
  4.   Bila-bila masa yang sesuai

SASARAN
Pelajar-pelajar cemerlang Additional  Mathematics  dalam setiap kelas yang mampu belajar sambil mengajar.
( 8  - 10 orang setiap kelas )

PERLAKSANAAN

LANGKAH 1        :               Guru Matematik Tambahan setiap kelas mengenalpasti pelajar yang
                                                layak untuk di lantik  sebagai Guru Muda

LANGKAH 2       :                 Guru Muda  yang sudah yakin digalakkan mencari klien masing-
                                                masing untuk   dibantu atau ditentukan oleh  guru Matematik 
                                               Tambahan  

LANGKAH 3       :                 Pengiktirafan dari Panitia Mathematics dengan diberikan sijil .
                                               
LANGKAH 4       :               Setiap guru yang terlibat perlu menghantar laporan bertulis setiap 
                                              hujung  bulan tentang  kemajuan program ini.


PRODUKTIVITI PROGRAM

  1.  Melahirkan Guru Muda  yang berketrampilan dalam  Mathematics dan boleh     menggunakan kemahiran dan pengetahuan mereka menolong rakan
  2. Kesediaan Guru Muda  menunjukkan sikap yakin pada diri sendiri dan sedia menerima teguran atau komen-komen membina dari guru-guru serta  rakan-rakan.
  3. Keupayaan Guru Muda yang mahir memperluaskan kemahiran dengan melibatkan diri dalam pengendalian kelompok bagi bengkel Matematik peringkat  sekolah atau yang dianjurkan oleh pihak PPD Maran dan sekolah-sekolah sekitar Jengka atau di luar Jengka
  4. Berkeyakinan bahawa Guru Muda Additional Mathematics bakal memperolehi keputusan cemerlang (A) dalam peperiksaan

PENUTUP
Melalui program ini adalah diharapkan akan lahir pelajar cemerlang dalam  Addiional  Mathematics dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada Guru Muda  dan mengekalkan 100% lulus  serta GPS  antara 1.0 – 1.5 bagi setiap tingkatan.



No comments:

Post a Comment